23 tentera Myanmar terbunuh

YANGON, 3 SEPT – Pemberontak etnik Myanmar membunuh sekurang-kurangnya 23 orang tentera kerajaan dalam beberapa hari pertempuran berhampiran sempadan dengan China, kata jurucakap bagi kumpulan itu hari ini.

Pertempuran meletus di Mongko, negeri Shan pada 28 Ogos lalu apabila tentera cuba merampas pangkalan daripada Tentera Pakatan Demokratik Kebangsaan Myanmar (MNDAA), kata jurucakap kumpulan.

Lima belas askar terbunuh pada 28 Ogos dan lapan lagi pada 1 September serta seorang pejuang MNDAA terbunuh, tambahnya. – AFP