Thursday, April 18, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    23 warga asing ditahan miliki barang tegahan

    Oleh Sim Y. H.
    Gambar serahan JKED

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 OKT – Seramai 23 orang warganegara asing telah ditahan oleh Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, Jabatan Kastam dan Eksais Diraja (JKED) kerana memiliki barang-barang tegahan kastam dalam tiga gerakan operasi yang dijalankan di Kampung Sungai Besar, Kampung Sungai Bakong dan Kampung Belimbing, baru-baru ini.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JKED, di sini, hasil gerakan operasi pertama yang dijalankan pada 18 Oktober lalu, di kawasan perairan Kampung Sungai Besar, JKED berjaya merampas sebanyak 240 tin dan 56 botol minuman keras pelbagai jenis.

    Turut dirampas adalah sebuah bot serta satu unit enjin yang dipercayai digunakan bagi pemunggahan barang-barang tegahan kastam.

    Manakala itu, hasil gerakan operasi kedua pada 19 Oktober di tempat kediaman pekerja-pekerja asing di kawasan Kampung Sungai Bakong, Lumut, JKED telah berjaya menahan tiga orang warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 25 hingga 36 tahun yang memiliki barang tegahan kastam iaitu sebanyak enam paket dan 16 batang rokok pelbagai jenis serta satu unit vape dan dua botol juice vape.

    Sementara itu, hasil gerakan operasi ketiga yang dilaksanakan pada 21 Oktober di tempat kediaman pekerja-pekerja asing di sebuah bangunan di Kampung Belimbing, Jalan Subok, JKED telah berjaya menahan 20 orang warganegara asing yang berumur dalam lingkungan 19 hingga 49 tahun yang memiliki barang-barang tegahan kastam iaitu sebanyak enam karton, 51 paket dan 132 batang rokok pelbagai jenis serta empat botol dan lima tin minuman keras pelbagai jenis.

    Turut dirampas adalah satu unit vape dan satu botol juice vape serta wang berjumlah $900 yang dipercayai hasil dari jualan barang-barang tengahan. Kesemua barang-barang terbabit telah dirampas dan individu-individu terlibat telah dibawa ke Pejabat Bahagian Penguatkuasaan Undang-undang, JKED bagi siasat lanjut.

    Antara barang tegahan yang berjaya dirampas oleh pihak berkuasa dalam salah satu operasi yang dijalankan baru-baru ini.
    Antara barang tegahan yang dirampas semasa operasi yang dijalankan baru-baru ini.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Terumbu Sawar Besar alami pemutihan karang paling teruk

    CANBERRA, 17 APRIL - Sebahagian besar Terumbu Sawar Besar yang ikonik di Australia mengalami pemutihan karang pada musim panas 2023-24, menurut laporan kerajaan. Agensi kerajaan...