Wednesday, April 24, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    230 ikan paus terdampar di Tasmania

    SYDNEY, 21 SEPT – Sekumpulan 230 ekor ikan paus pandu ditemui terdampar di pantai barat Tasmania hari ini dengan pegawai Australia mengatakan hanya separuh sahaja dilihat masih hidup.

    Imej dari udara menunjukkan puluhan mamalia hitam berkilat itu terdampar di sepanjang pantai, terkandas di pesisir di mana lautan selatan dingin bertemu pasir.

    Penduduk dilihat menutupi ikan paus yang masih hidup dengan selimut dan menyiram sebaldi air untuk mengekalkan ia hidup, sementara ikan paus lain berdekatan cuba untuk bertahan namun banyak yang mati.

    Ikan paus itu ‘terdampar dekat Pelabuhan Macquarie’ kata Jabatan Sumber Alam dan Persekitaran negeri.

    “Kelihatannya kira-kira separuh daripada haiwan itu masih hidup’. Pihak berkuasa berkata, pakar pemuliharaan marin dan kakitangan dengan peralatan dalam perjalanan ke tempat kejadian.

    Setakat ini, punca mamalia berkenaan terdampar secara besar-besaran itu masih belum difahami sepenuhnya.

    Saintis menyatakan ia mungkin disebabkan oleh kawanan haiwan itu dikatakan keluar dari laluan selepas makan terlalu dekat dengan pantai.

    Paus pandu adalah haiwan yang sangat mudah bergaul dan boleh menjejak rakannya yang tersesat. – AFP

    Imej dari sebuah video menunjukkan seorang penyelamat menyimbah air ke atas seekor ikan paus yang terdampar di Ocean Beach, dekat Strahan, Australia, 21 September. – AP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Korea Utara hantar delegasi ke Iran

    PYONGYANG, 24 APRIL - Delegasi ekonomi Korea Utara peringkat tinggi sedang dalam perjalanan ke Iran, kata media negara Korea Utara pada hari ini, untuk...