Bologna berjaya pintas Roma

ROM, 9 FEB – Musa Barrow menjaringkan dua gol untuk membantu Bologna meraih kemenangan menentang Roma dengan keputusan 3-2 di Serie A pada perlawanan kelmarin meskipun krisis Giallorossi semakin buruk.

Bologna naik di tempat keenam di liga, hanya perbezaan satu tangga di bawah Roma, berikutan selepas kemenangan berturut-turut mereka dalam tiga perlawanan.

Peminat Roma mengejek jurulatihnya ketika beraksi di padang, sejurus pengurus mereka Giallorossi hanya memenangi satu daripada enam perlawanan liga Serie A dan kalah empat daripada mereka.

Roma sedang berusaha bangkit daripada kalah selepas menentang Sassuolo 4-2 baru-baru ini tetapi membantunya melakukan jaringan pembukaan buat Bologna pada minit ke-16 ketika Chris Smalling terlepas hantaran lintang dari Barrow, yang membolehkan Riccardo Orsolini menendang masuk bola ke sudut gawang.

Roma berjaya menyamakan kedudukan pada minit ke-22 ketika pemain pertahanan Bologna, Stefano Denswil menjaringkan gol sendiri melalui hantaran Aleksandar Kolarov, namun Barrow memulihkan keadaan itu dengan hanya empat minit kemudian ketika usahanya itu berhasil menemui ja-ringan kemenangan.

Ini adalah permulaan pertama Barrow sejak menyertai melalui pinjaman dari kelab Atalanta dan dia menggandakan jaringannya enam minit di babak kedua ketika ia berlari dari tengah padang sebelum melakukan rembatan. – AP

Aksi Henrikh Mkhitaryan dan Mattias Svanberg berebut mendapatkan bola semasa perlawanan antara Roma dan Bologna di Stadium Olimpik Rom. -AP