Thursday, November 30, 2023
23.3 C
Brunei

    -

    24 ikuti Kursus Marsyal Bomba

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JUN – Seramai 24 orang pegawai dan kakitangan Perkhidmatan Maritim Muara mengikuti Kursus Marsyal Bomba yang berlangsung selama tiga hari di Perpustakaan Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP), Muara yang dikendalikan oleh Bahagian Perhubungan Awam Cawangan Operasi A, Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP).

    Semasa kursus dari 20 hingga 22 Jun itu, para peserta diterangkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran secara teori dan praktikal mengenai sebab serta punca berlakunya kebakaran seterusnya mengetahui tindakan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan membuat latihan pengosongan bangunan secara bersistematik.

    Selain itu, peserta kursus juga diterangkan mengenai tatacara penggunaan alat pemadam api dan selimut api dengan cara yang betul seterusnya tatacara untuk menyelamatkan diri dari terperangkap dalam bangunan bila berlakunya kebakaran.

    Peserta juga berpeluang mengadakan lawatan ke Balai Bomba Muara untuk melihat lebih dekat dan mengenal perkakas serta peralatan yang digunakan oleh JBP.

    Peserta kursus menyaksikan demonstrasi penggunaan alat pemadam api dengan betul. – Gambar serahan JBP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Australia buat permohonan maaf kepada mangsa thalidomide

    SYDNEY, 29 NOV - Australia hari ini mengeluarkan permohonan maaf kepada mangsa yang terselamat daripada skandal ubat thalidomide, yang disifatkan oleh Perdana Menteri, Anthony...