24 ikuti kursus marsyal bomba

Oleh Sim Y. H.

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 OGOS – Bahagian Perhubungan Awam, Ibu Pejabat Jabatan Bomba dan Penyelamat (JBP), baru-baru ini, telah menjalan-kan kursus marsyal bomba selama tiga hari yang diadakan di Jalan Landasan Lama, Berakas yang disertai 24 orang peserta.

Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh JBP, di sini, hari ini, kursus yang berjalan 17 hingga 19 Ogos lalu itu disertai guru-guru serta kakitangan dari Sekolah Stella, Sekolah Bakti Dewa, pegawai dan kakitangan Syarikat Pemasaran Brunei Shell Sdn Bhd (BSM) dan Syarikat Perniagaan Malar Setia yang didedahkan mengenai pentingnya keselamatan kebakaran dipraktikkan di tempat kerja.

Peserta juga mempelajari secara teori dan praktikal mengenai sebab dan punca berlaku kebakaran, mengetahui tindakan yang perlu dilakukan apabila menghadapi insiden kebakaran di tempat kerja dengan penggunaan alat pemadam api yang betul serta membuat latihan pengosongan bangunan yang bersistematik.

Para peserta kursus diberikan tunjuk ajar penggunaan alat pemadam api yang betul. – Gambar serahan JBP