Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    24 keluarga terjejas terima bantuan

    Oleh Yusrin Junaidi
    Gamber serahan JAPEM

    BANDAR SERI BEGAWAN, 18 MEI – Seramai 24 orang ketua keluarga yang terjejas dalam kejadian tanah susur, banjir, angin kencang, kebakaran rumah dan rumah roboh hari ini menerima bantuan kewangan daripada kerajaan pada majlis penyampaian sumbangan di Dewan Digadong, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS).

    Hadir menyampaikan sumbangan ialah Menteri Kebudayaan, Belia dan Sukan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bin Haji Mohamad.

    Penerima terdiri daripada dua buah keluarga yang terlibat dalam kejadian kebakaran, tiga buah keluarga mengalami rumah roboh dan dua buah keluarga terjejas kejadian angin kencang. Kesemua mangsa bagaimanapun selamat dan tidak mengalami sebarang kecederaan.

    Bantuan kewangan di-hasratkan dapat meringankan bebanan keluarga terbabit dan memastikan kesejahteraan mereka sekeluarga, selain menunjukkan keprihatinan dan pemedulian kerajaan terhadap rakyat dan penduduk yang mengalami musibah.

    Majlis diselajurkan dengan penyampaian sijil kepada 13 orang pegawai dan tenaga kerja dari Angkatan Bersenjata Diraja Brunei (ABDB) yang telah bekerjasama dengan Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) dalam usaha membaik pulih rumah di bawah Projek Bersepadu JAPEM dan Projek Titian Amal sempena Ulang Tahun ABDB yang ke-61.

    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi ketika bergambar ramai bersama pegawai dan tenaga kerja dari ABDB yang telah bekerjasama dengan JAPEM membaik pulih rumah.
    Yang Berhormat Dato Seri Setia Haji Nazmi bergambar ramai bersama keluarga yang menerima bantuan kewangan.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...