Friday, April 26, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    24 kes dalam kategori 4, 5

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 15 MAC – Sebanyak 18 kes yang telah disahkan positif COVID pada masa ini berada dalam kategori 4, manakala itu, enam orang dalam kategori 5.

    Jumlah kes dalam kategori 4 dan 5 pada ketika ini adalah 9.2 peratus daripada keupayaan rawatan kategori berkenaan di Pusat Pengasingan Kebangsaan, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar pada Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam, di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Yang Berhormat Dato turut mengongsikan sebanyak 2,553 kes baharu telah dilaporkan hari ini yang membawa kepada jumlah keseluruhan sebanyak 116,924 orang.

    Daripada jumlah kes baru tersebut, 1,855 adalah hasil ujian pantas antigen (ART) yang telah dimuat naik ke aplikasi BruHealth manakala 698 adalah hasil daripada 3,195 ujian makmal RT-PCR yang telah dilakukan dalam masa 24 jam yang lalu.

    Sementara itu, 5,413 kes telah disahkan sembuh pada hari ini yang membawa jumlah kes yang sembuh di Negara Brunei Darussalam kepada 89,174 kes dengan 27,579 kes aktif.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan bersama setiausaha tetapnya semasa sidang media.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan turut mengongsikan bahawa pada masa ini, kadar pengisian katil di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 6.0 peratus.

    “Dalam pada itu, 223 kes aktif sedang menerima rawatan di pusat-pusat pengasingan dan hospital-hospital, manakala seramai 27,356 kes positif kini sedang menjalani pengasingan diri di rumah,” tambah Yang Berhormat Dato.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, beliau menjelaskan bahawa 58.8 peratus daripada keseluruhan penduduk di negara ini telah menerima tiga dos vaksin manakala itu, kadar satu dos dan dua dos adalah masing-masing melebihi 94 peratus.

    “Bagi sekatan pergerakan yang dijalankan dari jam 12 malam semalam hingga 4 pagi tadi, Alhamdulillah, tidak ada pelanggaran arahan telah dikeluarkan denda kompaun di seluruh negara,” kongsi Yang Berhormat Menteri Kesihatan lagi.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Dato menyeru orang ramai untuk memohon ke hadrat Allah SWT semoga Negara Brunei Darussalam sentiasa dipelihara dan dilindungi daripada segala mara bahaya, semoga semua rakyat dan penduduknya diberikan kesihatan, dipermudahkan segala urusan dan dijauhkan daripada segala penyakit khususnya penyakit COVID-19.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...