Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    24 pelajar terima sijil

    Oleh Nurdiyanah R. –

    BANDAR SERI BEGAWAN, 8 NOV – Seramai 24 orang pelajar daripada Program Pra-Vokasional Sekolah Menengah (SM) Katok telah menerima sijil masing-masing selepas menyempurnakan aktiviti pembungkusan rempah bersama Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd pada majlis yang berlangsung di SM Katok, kelmarin.

    SM Katok merupakan sekolah ketiga melaksanakan aktiviti pembungkusan rempah. Aktiviti pembungkusan ini adalah projek kerjasama antara Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd dan Jabatan Sekolah-sekolah (JSS), Kementerian Pendidikan sejak tahun 2015 dengan tujuan membina kemahiran pekerjaan serta menimba pengalaman kerja.

    Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para pelajar berkenaan ialah Pengurus Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd, Haji Mohd Nooh bin Orang Kaya Maharaja Dinda Haji Saman.

    Turut hadir Timbalan Pengetua SM Katok, Hajah Siti binti Haji Pungut; ketua unit pendidikan kerjaya dari JSS, guru-guru serta para pelajar sekolah tersebut.

    Pada masa ini, terdapat empat buah sekolah menengah kerajaan yang terpilih melaksanakan projek ini iaitu SM Sayyidina Abu Bakar, SM Sufri Bolkiah, SM Katok dan SM Pengiran Isteri Hajah Mariam.

    Majlis penyampaian sijil dari Syarikat Sabli Food Industries (B) Sdn Bhd akan diteruskan di SM Sufri Bolkiah bagi pelajar Program Pra-Vokasional dan Program BTEC.

    Gambar ramai pelajar bersama para tetamu pada majlis yang berlangsung di Sekolah Menengah Katok, kelmarin. – GAMBAR SERAHAN JSS, KEMENTERIAN PENDIDIKAN
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda