Saturday, June 10, 2023
22.5 C
Brunei

    -

    24 sekolah sertai pertandingan kuiz

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWANN, 4 OGOS – Sebanyak 24 buah sekolah menengah kerajaan dan swasta akan menyertai Pertandingan Kuiz Piala Pehin Jawatan Dalam ke-3 dengan tema ‘Sejarah Pengukuh Jati Diri Bangsa’.

    Pemangku Timbalan Pengetua Pusat Sejarah Brunei (PSB), Awang Mohammad Faisal bin Haji Mat Salleh menjelaskan, pertandingan anjuran PSB, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) itu terbuka kepada para pelajar sekolah-sekolah menengah kerajaan dan swasta seluruh negara dari Tahun 7 hingga 11 yang mana pertandingan dilaksanakan dalam Bahasa Melayu.

    Dalam sidang media yang berlangsung di PSB, di ibu negara, hari ini, beliau menambah bahawa isi kandungan soalan yang akan diberikan kepada pelajar diambil daripada Majalah Pusaka, terbitan PSB dan galeri PSB.

    Manakala itu, dalam peringkat saringan, peserta dikehendaki menjawab 60 soalan secara bertulis seterusnya, pada peringkat separuh akhir, hanya lapan orang peserta dipilih untuk ke pusingan akhir di mana mereka akan bertanding untuk merebut gelaran juara, naib juara, tempat ketiga dan tempat keempat.

    Menurut beliau, johan pertandingan akan membawa pulang hadiah wang tunai $500, naib johan $400 manakala itu, pemenang ketiga dan keempat masing-masing membawa pulang $300 dan $100, selain itu pemenang juga membawa pulang cenderamata dan sijil penyertaan.

    Awang Mohammad Faisal semasa menjelaskan pertandingan kuiz berkenaan pada sidang media yang berlangsung di Pusat Sejarah Brunei kelmarin.

    Pada tahun ini, Institut Tahfiz Al-Quran Sultan Haji Hassanal Bolkiah dan Ma’had Islam Brunei Tutong akan menyertainya buat kali pertama sejak kuiz diadakan.

    Antara lain objektif pertandingan adalah untuk menggalakkan pelajar meminati mata pelajaran sejarah serta mengembangkan bakat dan minat dalam bidang sejarah selain memberi kesedaran kepada generasi muda mengenai kepentingan mempelajari sejarah dan hubungannya kepada pembangunan bangsa dan negara.

    Di samping itu, ia juga menggalakkan daya saing dalam kalangan pelajar serta menanamkan perasaan cintakan kepada raja, agama, bangsa dan juga negara.

    Pertandingan mula diadakan pada 2014 dengan penyertaan 27 buah sekolah menengah kerajaan dan swasta yang mana format pertandingan dilaksanakan menggunakan Bahasa Inggeris.

    Kemudian pada 2018, sebanyak 28 buah sekolah menyertai dan pertandingan disampaikan dalam Bahasa Melayu dan soalan diambil daripada Majalah Pusaka terbitan PSB dan galeri pameran PSB.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    Kucing peliharaan bunuh 300 juta haiwan di Australia

    CANBERRA, 9 JUN - Kucing peliharaan membunuh ratusan juta haiwan asli Australia setiap tahun, lapor Xinhua memetik penyelidikan Australia. Menurut laporan baharu Majlis Biodiversiti, Majlis Spesies...
    - Advertisment -