24 terkorban letupan kilang mercun Mexico
BANDAR RAYA MEXICO, 6 Julai – Satu siri letupan di sebuah kilang bunga api haram di bandar Tultepec, tengah Mexico, kini meragut 24 nyawa dan 49 lagi cedera, menurut kenyataan kerajaan negeri Mexico. Peguam Negara dalam satu kenyataan berkata, seramai 17 orang diisytiharkan maut di tempat kejadian dan tujuh lagi meninggal dunia ketika menerima rawatan
































