Thursday, December 7, 2023
24.2 C
Brunei

    -

    24 termasuk 12 anak damit maut dalam 24 jam di hospital

    NEW DELHI, 3 OKT – Sekurang-kurangnya 24 pesakit, separuh daripadanya anak damit baru lahir telah meninggal dunia dalam tempoh 24 jam lepas di sebuah hospital kerajaan di negeri Maharashtra, India.

    Kematian di Kolej Perubatan dan Hospital Kerajaan Dr Shankarrao Chavan di Nanded, kira-kira 600 km timur ibu kota kewangan India Mumbai itu dikaitkan dengan kekurangan ubat-ubatan dan kakitangan, menurut laporan media tempatan.

    Sebanyak 70 pesakit lain dilaporkan dalam keadaan serius.

    Pada Ogos, 18 pesakit meninggal dunia dalam tempoh sehari di hospital kerajaan di daerah Thane, kira-kira 25 km dari Mumbai.

    Kematian di Nanded antara Sabtu dan Ahad telah menimbulkan dakwaan pengabaian penjagaan kesihatan di negeri terkaya di India itu.

    “Keadaan di hospital ini agak membimbangkan,” kata ahli politik pembangkang dan bekas ketua menteri negeri Ashok Chavan selepas melawat kemudahan itu pada kelmarin.

    Kira-kira 1,200 pesakit sedang menerima rawatan manakala kapasiti hospital hanya 500 orang katanya menambah, hospital itu sedang mengalami masalah kewangan serta kekurangan jururawat dan doktor yang mencukupi. – Bernama

    – Freepik
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Anda

    China jadi contoh dunia bagi hak asasi manusia

    BEIJING, 5 DIS – China kelmarin menganjurkan seminar sempena ulang tahun ke-75 Deklarasi Hak Asasi Manusia Dunia di Beijing yang disertai lebih 70 peserta...