Friday, December 6, 2024
22.7 C
Brunei

    Berita Terkini

    24,000 warga emas disahkan hidap diabetes

    BANDAR PERMAISURI, 6 NOV – Sebanyak 24,000 atau kira-kira 20 peratus daripada 115,000 warga emas di Terengganu disahkan menghidap penyakit diabetes atau kencing manis setakat hari ini, kata Pengarah Kesihatan Negeri Terengganu, Datuk Dr Kasemani Embong.

    Beliau berkata kira-kira 40,000 orang datang ke klinik kesihatan di negeri itu untuk mendapatkan rawatan diabetes dan lebih separuh daripada jumlah itu merupakan warga emas.

    “Mengikut data Tinjauan Kebangsaan Kesihatan dan Morbiditi (NHMS) 2023, prevalens diabetes dalam kalangan dewasa (umur 18 tahun ke atas) di Terengganu adalah sebanyak 16 peratus berbanding Malaysia (15.6 peratus).

    “Melihat kepada situasi di Terengganu, peningkatan penyakit tidak berjangkit seperti diabetes khususnya dalam kalangan warga emas perlu ditangani secara holistik,” katanya kepada pemberita selepas merasmikan Sambutan Hari Kesihatan Warga Emas dan Diabetes Peringkat Terengganu di Dewan Majlis Daerah Sungai Tarom di sini hari ini.

    Dr Kasemani berkata pihaknya telah mengambil beberapa inisiatif termasuk mengadakan program-program tertentu untuk membantu individu mencapai kawalan diabetes yang baik.

    Antaranya, Jabatan Kesihatan Negeri Terengganu (JKNT) telah mengadakan saringan kesihatan warga emas di 25 klinik desa dan 55 klinik kesihatan di seluruh negeri. – Bernama

    Gambar Freepik
    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda