Wednesday, February 8, 2023
31.8 C
Brunei

-

25 diberkas cuba guling kerajaan Jerman

FRANKFURT, JERMAN, 7 DIS – Polis Jerman melancarkan serbuan di seluruh negara hari ini dan menahan 25 orang yang disyaki menjadi anggota ‘sel keganasan’ yang berkomplot untuk menggulingkan kerajaan dan menyerang parlimen.

Kira-kira 3,000 pegawai termasuk unit pencegahan keganasan elit mengambil bahagian dalam serbuan awal pagi ini dan menggeledah lebih daripada 130 bangunan, dalam apa yang disifatkan oleh media Jerman sebagai salah satu tindakan polis terbesar negara ke atas pelampau.

Serbuan menyasarkan anggota gerakan ‘Rakyat Reich’ yang disyaki ‘membuat persediaan untuk menyerbu parlimen Jerman dengan kumpulan bersenjata,” kata pendakwa persekutuan dalam satu kenyataan.

Mereka yang ditahan dituduh menubuhkan ‘kumpulan pengganas pada akhir November 2021, yang telah menetapkan matlamat untuk mengguling kerajaan Jerman dan menggantinya dengan kerajaan mereka sendiri.’

Mereka didakwa merancang melantik salah seorang suspek yang ditahan, dikenal pasti oleh media tempatan sebagai aristokrat dan ahli perniagaan Heinrich XIII Prince Reuss, pemimpin baharu Jerman selepas rampasan kuasa.

Perkhidmatan risikan domestik Jerman menganggarkan kumpulan Reichsbuerger mempunyai kira-kira 20,000 anggota.

Daripada jumlah itu, lebih 2,000 dianggap pengganas. – AP

Pegawai polis membawa Heinrich XIII Prince Reuss ke kenderaan polis semasa serbuan di Frankfurt, Jerman, kelmarin. – AP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Nahas Pesawat Boeing 737, 2 Juruterbang selamat

PERTH, AUSTRALIA, 7 FEB - Dua juruterbang terselamat, hanya cedera ringan selepas pesawat Boeing 737 yang dihantar untuk memadam kebakaran terhempas di Australia, kata...
- Advertisment -