RABAT, 10 JULAI – Lebih 20 warga Afrika ditahan kerana disyaki merancang untuk menyeberang masuk ke Sepanyol secara haram, selepas percubaan maut pada bulan lalu, menurut polis Maghribi, kelmarin.
Polis dari bandar pelabuhan utara Tangiers menggagalkan percubaan rentas sempadan secara haram dan menyoal siasat seramai 25 individu yang berasal dari sub Sahara Afrika, menurut perkhidmatan keselamatan DGNS.
Menurutnya dalam kenyataan berasingan, sebanyak ‘36 objek besi buatan sendiri’ telah dirampas di kedai Tangiers yang berkemungkinan barang yang digunakan untuk mendaki, tetapi tidak mengesahkan yang mana satu antara dua enklaf Sepanyol disasarkan iaitu Ceuta dan Melilla, yang hanya ada sempadan darat Kesatuan Eropah (EU) dan Afrika.
Pada bulan lalu, lebih kurang 23 pendatang asing maut ketika dalam percubaan merentasi Melilla.
Mangsa adalah antara lebih kurang 2,000 pendatang asing, kebanyakannya dari Sudan, yang cuba untuk memecah masuk ke pagar sempadan tersebut, menurut pihak berkuasa Maghribi.
Sementara itu, DGNS berkata suspek-suspek yang tinggal secara haram di Maghribi, telah ditangkap di pusat pemeriksaan pintu masuk ke Tangiers selepas mereka tiba menggunakan bas umum. – AFP