Friday, April 19, 2024
23.5 C
Brunei

    -

    25 hilang kapal kargo karam di Indonesia

    MAKASSAR, 29 MEI – Penyelamat di Indonesia berusaha mencari 25 orang yang hilang selepas sebuah kapal kargo karam di Teluk Makassar di wilayah Selatan Sulawesi.

    Sejumlah 42 orang berada dalam kapal kargo itu ketika ia karam akibat cuaca buruk malam kelmarin, semasa perjalanan dari sebuah pelabuhan laut di Makassar ke Pulau Kalmas di wilayah Pangkep, kata ketua agensi mencari dan menyelamat wilayah, Djunaidi.

    Seramai 17 orang berjaya diselamatkan, termasuk sebahagiannya diselamatkan oleh dua kapal tunda yang kebetulan berada di laut tersebut ketika kejadian berlaku.

    Djunaidi mengatakan agensi tersebut menerima maklumat baharu mengenai lokasi kapal karam pada Sabtu dan mengerahkan anggotanya ke kawasan itu. Dua motobot dan satu bot mencari dan menyelamat bersama bot nelayan tempatan serta helikopter angkatan udara Indonesia terlibat dalam misi mencari penumpang yang hilang.

    Kapal karam itu pada awalnya dikatakan sebuah feri penumpang, namun Djunaidi kemudiannya mengesahkan bahawa ia merupakan kapal kargo yang membawa bahan pembinaan. Sejumlah 36 orang meminta mereka ditumpangkan dalam kapal manakala enam lagi kru kapal.

    Tragedi feri merupakan insiden yang lazim berlaku di Indonesia, sebuah gugusan kepulauan yang kebanyakan menggunakan feri sebagai pengangkutan dan peraturan keselamatan pula adalah lemah. – AP

    Gambar serahan agensi mencari dan menyelamat Indonesia (Basarnas) menunjukkan mangsa dalam bot selepas berjaya diselamatkan dari perairan Takalar, selatan Sulawesi. Pencarian 25 lagi mangsa bot karam masih diteruskan, menurut pegawai agensi itu. – Xinhua
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...