25 ikan paus berjaya diselamatkan

HOBART, 22 SEPT – Kira-kira satu pertiga dari 270 ekor ikan paus yang terdampar di negara kepulauan Tasmania di Australia telah mati, dengan para penyelamat berjaya mengembalikan 25 ekor ke laut dalam operasi yang sedang dijalankan, kata pegawai hari ini.

Ikan paus telah ditemukan kelmarin di pantai dan dua batang pasir di dekat bandar pantai barat Strahan. Seramai 60 orang telah menyertai usaha menyelamat.

“Kami berjaya menyelamatkan 25 ekor ikan paus ketika ini dan membantu mereka kembali ke lautan dan kru akan meneruskan pekerjaan, jadi angka akan meningkat sebelum hari terakhir perkiraan,” kata pengurus perkhidmatan Taman Tasmania, Nic Deka yang melaporkan minggu lalu.

Penulis blog kehidupan liar, Kris Carlyon berkata operasi akan menjadi perlahan.

“Kami akan membawa binatang-binatang dengan cara yang terbaik untuk memulakan sesuatu yang kita mampu menanganinya.”

Kira-kira satu pertiga ikan paus telah terkorban pada Isnin dan kapal bot tidak dapat melalui kawasan tersebut, kata Carlyon.

Dia turut berkata ikan paus tersebut merupakan spesies yang kuat dan para penyelamat berpeluang untuk menjaganya selama beberapa hari jika keadaan kekal dingin.

Tasmania sering menyaksikan kejadian ikan paus tersesat, tetapi ini merupakan jumlah ikan paus yang terdampar yang paling besar di bahagian selatan Australia.

Pihak berkuasa masih belum mengetahui bagaimana ikan-ikan paus tersebut boleh terdampar di kawasan tersebut. – AFP