Saturday, April 20, 2024
29.4 C
Brunei

    -

    25 kes jenayah maritim direkodkan di Labuan sejak Januari 2022

    LABUAN, 17 OGOS – Agensi Penguatkuasaan Maritim Malaysia (APMM) Zon Maritim Labuan merekodkan 25 kes melibatkan jenayah maritim sejak Januari hingga Jun tahun ini.

    Pengarahnya Kapten Maritim Nudin Jusoh berkata antara kesalahan adalah enam kes di bawah Akta Perikanan 1985 iaitu menggunakan peralatan menangkap ikan tidak berlesen dan lesen tamat tempoh. 

    Beliau berkata 12 kesalahan lain adalah bersauh tanpa kebenaran, belayar tanpa ketua jurutera, tidak memiliki sijil kompetensi, gagal melaporkan pertukaran nakhoda, kapal beroperasi tanpa kru yang lengkap seperti di dalam Daftar Keselamatan Kapal dan berlayar melebihi had pelayaran.

    “Kita (APMM Zon Maritim Labuan) merekodkan kebanyakan kes di bawah Ordinan Perkapalan Saudagar (MSO) 1952 dan Akta Perikanan.

    “Kita akan meningkatkan pemeriksaan bagi memastikan pemilik kapal mematuhi undang-undang maritim sepenuhnya,” katanya kepada Bernama hari ini.

    Nudin berkata pihaknya merekodkan 30 kes melibatkan jenayah maritim sepanjang tahun lepas dengan 16 daripadanya kesalahan di bawah MSO 1952. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...