Sunday, December 4, 2022
23.3 C
Brunei

-

25 murid diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran

Oleh Normazlina M.D

 

TUTONG, 24 Julai – Seramai 25 orang murid Darjah 6 dari empat buah sekolah agama di Daerah Tutong telah diraikan dalam Majlis Khatam Al-Quran yang berlangsung di Sekolah Ugama Lamunin, baru-baru ini.

Pada tahun ini, seramai lima orang murid dari Sekolah Ugama Lamunin (BSR), lapan orang murid dari Sekolah Ugama Lamunin, enam orang murid dari Sekolah Ugama Kampung Menengah dan enam orang murid dari Sekolah Ugama Panchong, Daerah Tutong telah bergabung menyertai Majlis Khatam Al-Quran.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis ialah Pegawai Pengajian Islam Daerah Tutong, Jabatan Pengajian Islam, Hajah Norhayati binti Haji Sawal.

Majlis dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah yang dipimpin oleh tetamu kehormat dan seterusnya diikuti dengan bacaan surah-surah lazim oleh peserta-peserta khatam.

Murid-murid yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berserta ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran gabungan empat buah sekolah agama di Daerah Tutong.
Murid-murid yang menyertai Majlis Khatam Al-Quran berserta ahli Jawatankuasa Majlis Khatam Al-Quran gabungan empat buah sekolah agama di Daerah Tutong.

Majlis turut diserikan dengan bacaan Takhtim oleh murid-murid perempuan dan seterusnya Dikir ‘Asyrakal’ oleh murid-murid lelaki di sekolah berkenaan.

Doa Khatam turut dibacakan oleh murid Sekolah Ugama Lamunin (BSR), Awang Muhd Dhiya Urahman bin Abdullah dan seterusnya majlis diikuti dengan merenjis minyak wangi yang diketuai oleh tetamu kehormat.

Majlis Khatam Al-Quran yang diadakan adalah aktiviti tahunan Jabatan Pengajian Islam untuk murid sekolah-sekolah agama yang akan menamatkan persekolahan yang mana setiap murid diwajibkan mengkhatamkan Al-Quran sekali gus dapat menggalakkan murid-murid membaca Al-Quran dalam hidup mereka.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China longgarkan lagi peraturan COVID

BEIJING, 2 DIS – Bandar di seluruh China membatalkan arahan sekatan COVID hari ini dengan melonggarkan peraturan ujian dan kuarantin susulan protes di seluruh...
- Advertisment -