Monday, December 5, 2022
22.3 C
Brunei

-

25 pegawai dan anggota bomba tamat kursus Hazmat

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 12 OGOS – Seramai 25 orang pegawai dan anggota bomba dan penyelamat telah menamatkan Kursus Asas dan Kesedaran Bahaya (Hazmat) dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Balai Bomba Mentiri, kelmarin.

Hadir bagi menyempurnakan penyampaian sijil ialah Pegawai Pemerintah Cawangan Operasi G, Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Haji Afiq bin Haji Julah. Majlis dipengerusikan oleh Stesen Komander Balai Bomba Mentiri / Hazmat, Pengiran Haji Ali Abdul Rahman bin Pengiran Haji Halus.

Majlis penyampaian sijil telah dimulakan dengan bacaan Surah Al-Fatihah dan diikuti dengan tayangan video kursus Hazmat dalam tatacara menangani tindakan kecemasan yang melibatkan bahan-bahan merbahaya dan diteruskan dengan penyampaian sijil kepada peserta kursus. Kursus berkenaan telah bermula pada 8 Ogos lalu hingga kelmarin bagi siri 2/2022-2023.

Penguasa Kanan Bomba dan Penyelamat Haji Afiq menyampaikan sijil kepada salah seorang peserta kursus. – Gambar serahan JBP
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

ASEAN: Tiga tindakan promosi pembangunan bandar mampan

FUKUSHIMA, 4 DIS – Mesyuarat keempat Peringkat Tinggi Rangkaian Bandar Pintar ASEAN-Jepun bermula di sini hari ini, dengan ASEAN mengetengahkan tiga tindakan utama untuk...

Australia dakwa suspek IS

- Advertisment -