Saturday, April 20, 2024
30.2 C
Brunei

    -

    25 sertai Bengkel Penulisan Fiksi Mini

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 6 SEPT – Lebih 25 orang peserta terdiri daripada agensi-agensi kerajaan, pelajar-pelajar institut pendidikan tinggi dan peserta persendirian hari ini mengikuti Bengkel Penulisan Fiksi Mini anjuran Dewan Bahasa dan Pustaka (DBP).

    Bengkel yang diadakan selama dua hari itu hingga esok itu berlangsung di Tingkat 1, Dewan Patih Barbai, DBP, Berakas.

    Bengkel itu disampaikan oleh Awang Mohammed Zefri Ariff bin Mohammed Zain Ariff, penerima Anugerah Penulis Asia Tenggara tahun 2011, duta bahasa tahun 2015, dan juga seorang penulis dan penggiat seni sastera di Negara Brunei Darussalam.

    Bengkel itu adalah antara pengisian Festival Sastera dan Seni Budaya Melayu Brunei iaitu Gala Aspirasi Seni 2022 yang diungkayahkan oleh DBP Brunei melalui Bahagian Sastera dan Majalah sempena Sambutan Bulan Bahasa 2022.

    Antara objektif dan tujuan bengkel itu adalah untuk mendaulat, memartabatkan dan memperkasa bahasa Melayu sebagai bahasa rasmi negara ke arah mendukung visi dan misi DBP; memupuk dan membudayakan amalan membaca dalam kalangan masyarakat di negara ini dan memperkenalkan penulisan fiksi mini kepada penulis-penulis muda tanah air.

    Selain juga bertujuan untuk meluaskan jaringan komunikasi antara DBP dengan masyarakat khususnya pengikut-pengikut media sosial dan melahirkan bakat-bakat baharu terutamanya penulis muda dalam menambah khazanah sastera tanah air khususnya dalam penulisan fiksi mini.

    Sebahagian peserta yang mengikuti bengkel tersebut.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    5 pekerja jadi sasaran serangan nekad

    KARACHI, 19 APRIL - Seorang pengebom nekad meletupkan jaketnya yang sarat dengan bahan letupan berhampiran sebuah van yang membawa pekerja kereta warga Jepun, yang...