25 terbunuh serbuan polis di Rio

RIO DE JANEIRO, 7 MEI – Operasi polis besar-besaran terhadap pengedar dadah di favela Brazil semalam menyaksikan 25 orang terbunuh, menjadikan kejiranan Rio de Janeiro yang miskin medan perang dan mencetus kecaman dari kumpulan hak asasi.

Seorang anggota polis adalah antara yang terbunuh dalam serangan di Jacarezinho, di sebelah utara Rio, di mana penduduk terjaga dengan letupan, tembakan dan helikopter berlegar-legar di ruang udara.

Polis mengesahkan jumlah tersebut dan penyiasat mengatakan ia adalah operasi polis paling banyak membawa maut dalam sejarah wilayah Rio de Janeiro.

Polis mengenal pasti 24 mangsa lain yang mati adalah ‘suspek dadah’ dan mengatakan semua protokol telah dipatuhi sebelum petugas melepaskan tembakan, tetapi kumpulan hak asasi mengecamnya. – AFP