Friday, April 19, 2024
30.4 C
Brunei

    -

    250 pemain sape bakal cipta rekod MBR di Citrawarna Keluarga Malaysia 2022

    KUCHING, 25 FEB – Persembahan muzik sape oleh 250 pemain pada malam penutup Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di sini Ahad ini bakal mencatat rekod baharu dalam Malaysia Book of Records (MBR).

    Guru Sape, Elizabeth Bungan, 32, yang juga pengasas studio Culture Meet berkata sape yang merupakan alat muzik tradisional masyarakat Orang Ulu itu akan dimainkan oleh pemain dari seluruh Malaysia secara serentak selama lima minit di Tebingan Sungai Kuching.

    “Ini merupakan cubaan kali kedua untuk mencatat rekod MBR iaitu ramai pemain dalam satu masa. Ia melibatkan penambahan jumlah pemain kepada 250 orang berbanding 207 sewaktu kali pertama mencipta rekod itu di Miri pada 2017,” katanya ketika ditemui Bernama di sini hari ini.

    Beliau berkata kesemua pemain terdiri daripada pelbagai latar belakang kaum dan etnik yang berkongsi minat terhadap sape sekali gus mahu memartabatkan muzik tradisional Sarawak. – Bernama

    Peserta mengadakan sesi latihan bermain ‘Sape’, sebagai persediaan untuk persembahan malam Citrawarna Keluarga Malaysia 2022 di Tebingan Sungai Kuching Ahad ini. – Bernama
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...