Thursday, April 25, 2024
30.9 C
Brunei

    -

    250 tan bantuan kemanusiaan bagi mangsa banjir Malaysia

    ABU DHABI, 11 JAN – Kerajaan Emiriah Arab Bersatu (UAE) telah menyumbang 250 tan bantuan kemanusiaan berupa pelbagai barangan keperluan kepada mangsa banjir di Malaysia pada minggu pertama 2022.

    Ia merupakan sebahagian daripada fasa pertama bantuan kemanusiaan UAE yang memberi tumpuan kepada keperluan tempat tinggal, makanan dan kesihatan, lapor portal berita tempatan UAE Al-Ain.

    Selangor menjadi negeri penerima pertama sumbangan berupa 9,600 barangan keperluan yang disampaikan menerusi Persatuan Bulan Sabit Merah (ERC) UAE.

    Pengerusi Yayasan Raja Muda Selangor, Tan Sri Raja Arshad Tun Uda menerima bantuan berkenaan bagi pihak mangsa terjejas dalam satu majlis yang diadakan pada 3 Januari.

    Di Pahang, sebanyak 10,000 keluarga terjejas juga mendapat manfaat daripada sumbangan itu. Majlis agihan bantuan pada 6 Januari itu dihadiri Pemangku Raja Pahang, Tengku Hassanal Ibrahim Alam Shah Al-Sultan Abdullah dan Duta UAE ke Malaysia, Khalid Ghanim Al-Ghaith. – Bernama

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...