Wednesday, April 17, 2024
23.8 C
Brunei

    -

    255 paket minuman malt coklat tiruan dirampas

    KUCHING, 17 MAC – Kementerian Perdagangan Dalam Negeri dan Kos Sara Hidup (KPDN) Sarawak merampas 255 paket minuman malt coklat disyaki tiruan di tiga premis perniagaan di sini hari ini.

    Pengarah KPDN Sarawak, Matthew Dominic Barin dalam satu kenyataan berkata rampasan itu dibuat susulan siri serbuan yang dibuat sepasukan anggota penguat kuasa kementerian itu di sekitar bandar raya ini.

    “Kesemua unit minuman malt coklat berkhasiat tersebut bersama beberapa dokumen perniagaan lain telah disita dengan nilai rampasan keseluruhan dianggarkan berjumlah RM9,814.95,” katanya.

    Menurutnya, kes itu kini disiasat di bawah Seksyen 102(1)(c) Akta Cap Dagangan 2019 iaitu mempunyai dalam jagaan atau kawalannya bagi maksud perdagangan apa-apa barang yang suatu cap dagangan berdaftar dipakaikan dengan salah.

    “Jika disabitkan kesalahan, boleh didenda sehingga RM10,000 bagi setiap barang tiruan yang dipakaikan dengan salah cap dagangan berdaftar atau penjara sehingga tiga tahun atau kedua-duanya sekali,” katanya.– Bernama

    Sebanyak 255 paket minuman malt coklat disyaki tiruan telah dirampas di tiga premis perniagaan, kelmarin. – Agensi
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    China alu-alukan pelaburan asing dari Jerman

    BEIJING, 16 APRIL - Timbalan Perdana Menteri China, He Lifeng bertemu dengan delegasi ekonomi Jerman yang mengiringi Canselor Jerman, Olaf Scholz dalam lawatan ke...