Sunday, February 5, 2023
23.7 C
Brunei

-

26 askar Afghan maut dalam serangan Taliban

KANDAHAR, Afghanistan, 26 Julai – Kira-kira 26 askar Afghanistan terkorban dalam serangan Taliban ke atas pangkalan tentera di selatan wilayah Kandahar, kata kementerian pertahanan hari ini, pukulan terbaru kepada pasukan keselamatan yang bergelut di negara itu.

Pasukan udara Afghanistan berkata ia melancarkan serangan menyokong askar di lapangan semasa serangan berjam-jam lamanya di pangkalan yang bermula lewat kelmarin dan berakhir awal hari ini.

Kira-kira 13 askar juga cedera dalam serangan itu, kata jurucakap MOD, Jeneral Dawlat Waziri. Pasukan Afghan ‘menentang dengan berani’, tambahnya, membunuh lebih 80 pemberontak.

Kem itu terletak di kawasan wilayah Karzali di daerah Khakrez, berhampiran sempadan dengan Helmand yang bergolak, di mana Taliban menawan sebahagian besar wilayah itu.

“Kami melancarkan serangan udara berganda membunuh puluhan daripada mereka. Helikopter mereka mengangkut askar cedera ke hospital di Kandahar,” kata Jeneral Raziq Shirzai, komander pasukan udara wilayah.

Seorang sumber tentera kanan berkata kira-kira 12 askar masih lagi hilang berikutan serangan itu, yang digambarkannya sebagai satu ‘serangan berat’. – AFP

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Bekas Menteri dijatuhi hukuman penjara 2 tahun

SEOUL, KOREA SELATAN, 3 FEB - Mahkamah Korea Selatan hari ini menjatuhkan hukuman penjara dua tahun kepada bekas Menteri Kehakiman, Cho Kuk, selepas dia...
- Advertisment -