Thursday, December 1, 2022
23 C
Brunei

-

26 belia terima sijil pengurusan kepimpinan

Oleh Nurdiyanah R.

TEMBURONG, 10 NOV – Seramai 26 orang belia telah berjaya menamatkan Kursus Kepimpinan Pergerakan Belia 2022: Pengurusan Projek Belia dan menerima sijil masing-masing pada majlis yang berlangsung di Pusat Belia, Daerah Temburong, hari ini.

Kursus selama dua hari itu dianjurkan oleh Jabatan Belia dan Sukan, Kementerian Kebudayaan, Belia dan Sukan (KKBS) dengan kerjasama Society for Community, Outreach & Training (SCOT) selaku rakan strategik.

Hadir selaku tetamu kehormat majlis bagi menyempurnakan penyampaian sijil kepada para peserta yang terdiri daripada 13 orang lelaki dan 13 perempuan berumur antara 18 hingga 35 tahun itu ialah Pengarah Belia dan Sukan, Dayang Umi Kalthum binti Haji Abdul Karim.

Sebelum penyampaian sijil, majlis menyaksikan pembentangan kertas kerja oleh para peserta mengikut kumpulan masing-masing.

Kursus berkenaan merupakan program tahunan yang dijalankan oleh Jabatan Belia dan Sukan bermula pada 2019. Empat kursus telah diadakan dengan kerjasama Outward Bound Brunei Darussalam (OBBD) dengan tujuan untuk meningkatkan kebolehan kepimpinan yang sedia ada dalam diri belia melalui experiential learning di OBBD.

Sebagai salah satu inisiatif bagi menggerakkan dan mengaktifkan persatuan dan pergerakan belia, kursus tahun ini buat julung-julung kalinya mengetengahkan pengenalan asas pengurusan projek belia dalam dua sesi.

Sesi pertama bagi Daerah Brunei dan Muara dan Daerah Temburong pada 9 dan 10 November. Sesi kedua pula pada 23 dan 24 November di Daerah Tutong dan Belait.

- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

China lancar kapal angkasa Shenzhou-15

BEIJING, 30 NOV – China melancarkan kapal angkasa Shenzhou-15 semalam, yang membawa tiga angkasawan ke stesen angkasa lepasnya bagi melengkapkan penghantaran pertama kru China...
- Advertisment -