Saturday, April 20, 2024
24 C
Brunei

    -

    26 ditahan lepas bantahan ganas

    STOCKHOLM, 18 APRIL – Sweden menahan 26 orang ketika insiden perkelahian hujung minggu antara pihak polis dan penunjuk perasaan yang menentang rancangan kumpulan sayap kanan untuk membakar naskah Al-Quran.

    Pihak polis dalam satu kenyataannya, berkata seramai lapan orang ditahan di bandar Norrkoping dan 18 lain di bandar Linkoping.

    Semalam, pertempuran tercetus di kedua-dua bandar buat kali kedua dalam tempoh empat hari membabitkan perhimpunan oleh kumpulan antipendatang dan anti-Islam, Hard Line yang diketuai ahli politik Denmark-Sweden, Rasmus Paludan.

    Polis berkata tiga orang turut cedera selepas pihaknya melepaskan tembakan amaran ketika kejadian semalam.

    Paludan, yang adalah seorang peguam dan YouTuber, berhasrat untuk bertanding dalam pilihan raya Parlimen Sweden September ini dan dikatakan sedang mengadakan ‘lawatan’ ke negara itu.

    Beliau melawat kawasan yang mempunyai bilangan majoriti penduduk Islam dan membakar kitab suci Al-Quran ketika umat Islam sedang berpuasa.

    Kebakaran kemudian berlaku di sebuah sekolah di Malmo, di mana beliau membakar Al-Quran Sabtu lalu. – AFP

    Kereta terbakar selepas bantahan meletus di Rosengard di Malmo, Sweden pada awal 17 April 2022. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...