Wednesday, April 24, 2024
23.7 C
Brunei

    -

    26 lagi maut banjir di India, Bangladesh

    GUWAHATI, 20 JUN – Sekurang-kurangnya 26 orang maut dalam banjir monsun dan ribut petir di India, ketika tragedi alam itu membadai dua negara termasuk Bangladesh.

    Banjir merupakan ancaman biasa di India dan Bangladesh namun pakar berkata, perubahan iklim menambahkan kekerapan bencana itu, sekali gus membawa ketikdapastian cuaca ke atas 1.6 bilion penduduk kedua-dua negara itu.

    Pihak berkuasa pengurusan bencana berkata, di Assam, di timur laut India, tiga orang terbunuh dalam tanah runtuh, manakala enam lagi maut dalam air banjir.

    Di Bihar pula, menteri pengurusan bencana tempatan, Renu Devi,  berkata kilat yang dicetuskan oleh ribut membunuh sekurang-kurangnya 17 orang. Assam juga dicengkam banjir buruk dengan 5,140 kampung merentasi 33 daerah di negeri itu ditenggelami air pasang, manakala lebih 100,000 penduduk kampung berlindung di pusat perlindungan.

    Negeri itu telah dilanda banjir pada April, mengorbankan 44 nyawa. Air banjir surut beberapa minggu tetapi naik semula pada Jun, iaitu permulaan musim tengkujuh tahunan dan membawa jumlah kematian setakat ini kepada 71 orang. Di negeri jirannya Meghalaya, sekurang-kurangnya 16 orang terbunuh sejak Khamis lalu selepas tanah runtuh dan sungai berarus deras menenggelamkan jalan raya.

    Malah, ribut monsun juga menyebabkan banjir yang dahsyat di Bangladesh sehingga berjuta-juta orang terkandas dan membunuh puluhan orang setakat ini.

    Ketua pentadbir daerah, Mosharraf Hossain berkata, air banjir beransur-ansur surut dari daerah timur laut Sylhet hari ini, walaupun berjuta orang masih terkesan dan tentera telah pun dikerahkan menghulurkan bantuan makanan.

    “Pusat perlindungan penuh dengan orang yang terjejas. Terdapat krisis besar makanan dan air minuman. Ramai yang takut untuk pulang ke rumah, manakala ramai yang kehilangan rumah akibat air banjir,” katanya kepada AFP. – AFP

    Seorang budak menerima bantuan makanan dari tentera Bangladesh di kawasan kediaman yang teruk dilanda banjir susulan hujan monsun di Sunamganj, 20 Jun. Sekurang-kurangnya 26 maut di India dan Bangladesh akibat banjir. – AFP
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Amaran ribut hujan tertinggi dikeluarkan

    BEIJING, 23 APRIL - Lebih 100,000 orang telah dipindahkan akibat hujan lebat dan banjir yang membawa maut di selatan China, dengan kerajaan mengeluarkan amaran...