Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 21 Sept – Seramai 26 orang pelajar Maktab Duli Pengiran Muda Al-Muhtadee Billah (Maktab Duli) telah menghadiri Seminar Motivasi Pelajar Tingkatan Enam Atas bagi Peperiksaan GCE Peringkat ‘A’ 2018 yang dianjurkan oleh Jabatan Pengajian Melayu maktab berkenaan, kelmarin.
Hadir selaku tetamu kehormat pada seminar yang diadakan di dewan kuliah maktab berkenaan ialah Guru Kanan Pentadbiran Maktab Duli, Dayang Jikiah binti Haji Jumat.
Juga hadir ialah Ketua Jabatan Pengajian Melayu, Dr Hajah Norhana binti Haji Abdullah serta pensyarah-pensyarah.
Pada seminar itu, empat kertas kerja telah dibentangkan oleh Dayang Norbaini binti Haji Mohd Daud, Haji Hamidun bin Haji Abdul Latif, Dayang Faridah binti Abdul Hamid dan Dayangku Nor Hassimah binti Pengiran Daud mengenai teknik dan tips menjawab soalan Bahasa Melayu I dan II.
Pada akhir seminar berkenaan, tetamu kehormat telah menyampaikan sijil-sijil kepada pembentang dan pengerusi seminar motivasi tersebut.