Friday, April 19, 2024
31.4 C
Brunei

    -

    26 pusat jagaan kanak-kanak mula beroperasi

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 17 JAN – Sebanyak 26 daripada 45 buah pusat penjagaan kanak-kanak (PPK) yang berdaftar di Jabatan Pembangunan Masyarakat (JAPEM) mula beroperasi hari ini, mengikut had kapasiti yang dibenarkan iaitu 30 peratus sahaja daripada kapasiti biasa dalam satu masa.

    Berdasarkan tinjauan Media Permata, kapasiti pusat-pusat berkenaan tidak melebihi daripada 20 orang.

    Antaranya adalah Sayangku Childcare hanya untuk empat orang, Melissa Playhouse 11 orang, The Growing Patch hanya untuk tujuh orang, Lyla’s Daycare 10 orang, Alya’s Playhouse 13 orang, Yadira Daycare tujuh orang, Noor Childcare tujuh orang, HANIS Montessori Playhouse 13 orang, Peachtree Playhouse sembilan orang, Gentle Minders Daycare & Learning Centre lima orang, Superkids Montessori Children’s House 12 orang, KindyKare International enam orang, Lyla’s Daycare (cawangan Rimba) 16 orang, Kinder Kollege 19 orang, Wisdom Jade Daycare lima orang, My Baby Genius Daycare tujuh orang, Little Gems Day Care Centre (cawangan Kiarong) lapan orang, Little Jewel Kingdom Daycare Centre sembilan orang, Blue Giraffe Daycare Centre 10 orang dan Lyla’s Daycare (cawangan Telanai) sembilan orang.

    Pengoperasian PPK juga tertakluk kepada pematuhan terhadap syarat-syarat utama dan kesediaan pusat berkenaan untuk beroperasi mengikut garis pandu dan standard operasi prosedur (SOP) yang telah ditetapkan oleh Jabatan Perdana Menteri, Kementerian Kesihatan dan JAPEM.

    Syarat-syarat utama yang dibenarkan ialah seperti ibu bapa dan para petugas hendaklah melengkapkan dua dos vaksinasi serta mempunyai kod BruHealth berwarna hijau atau kuning.

    Manakala kanak-kanak hendaklah menjalani ujian ART menggunakan saliva swab samples dan hanya individu yang mempunyai keputusan ART yang negatif dibenarkan hadir di premis berkenaan.

    Semasa pembukaan semula PPK ini, hanya kanak-kanak yang berumur dua tahun ke atas sahaja yang dibenarkan untuk dihantar ke pusat penjagaan kanak-kanak dan menumpukan kepada penjagaan sahaja.

    Sebarang aktiviti perkembangan secara individu atau berkumpulan adalah tidak dibenarkan.

    Pusat penjagaan juga disyorkan untuk dibahagikan kepada sesi waktu pagi dan waktu petang atau mengikut hari.

    Setakat 15 Januari 2022, seramai 235 orang kanak-kanak telah didaftarkan dalam 26 PPK yang beroperasi pada hari ini.

    Sementara itu, bagi PPK Little Bear yang akan dibuka awal Februari depan, mereka telah membuat beberapa langkah keselamatan dan persiapan SOP yang telah ditetapkan oleh Kementerian Kesihatan. Salah seorang pekerja pusat berkenaan, Dayang Norhafidah binti Abdul Jaya ketika ditemu bual berkata, berkata pusat itu telah membuat persiapan rapi dengan mematuhi sepenuhnya SOP dan garis panduan.

    Pada masa sama, pusat itu akan memastikan semua pekerja mendapat suntikan vaksin sepenuhnya dan perlu melakukan ujian pantas antigen (ART) sebelum datang ke pusat berkenaan. Beliau menegaskan, pusat jagaan mesti sentiasa memastikan persekitaran dan kawasan dalaman bersih.

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...