Friday, April 19, 2024
24 C
Brunei

    -

    26 terkorban bas tembung trak minyak

    KYIV, 4 MEI – Angka kematian akibat kemalangan jalan raya di barat Ukraine telah meningkat kepada 26 orang, kata pihak berkuasa hari ini.

    Sebuah bas bertembung dengan trak minyak di barat Ukraine, semalam dalam apa yang digambarkan Presiden Volodymyr Zelensky sebagai ‘kemalangan yang dahsyat.’

    “Tiga kenderaan membabitkan sebuah bas, kereta serta trak minyak berlanggar. Sejumlah 26 orang maut dalam kemalangan, 24 penumpang dan dua pemandu,” kata polis dalam satu kenyataan, menambah 12 lagi mengalami kecederaan.

    Kenyataan berkata polis sedang berusaha untuk mengenal pasti tiga orang yang terbunuh dalam kejadian dan mangsa paling muda daripada penumpang dalam bas, yang sedang dalam perjalanan ke Poland, berusia 17 tahun. Buat masa ini, nahas itu dilihat tidak berkait secara langsung dengan peperangan antara Rusia dengan Ukraine, malah Zelensky juga tidak menyebut sebarang kaitan terbabit. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Polis Australia selesaikan misteri kokain hanyut

    SYDNEY, 18 APRIL - Polis Australia telah menahan seorang lelaki didakwa menjadi dalang di sebalik komplot penyeludupan dadah yang gagal, mengakibatkan batu-bata kokain misteri...