Thursday, April 25, 2024
29.9 C
Brunei

    -

    26,000 tan jagung mula dihantar

    ANKARA, 1 OGOS – Penghantaran pertama bijirin dari Ukraine sejak serangan Rusia pada Februari lalu telah berlepas dari pelabuhan Odessa hari ini di bawah perjanjian penting untuk membatalkan sekatan laut Moscow di Laut Hitam.

    Ketua Pertubuhan Bangsa-bangsa Bersatu (PBB), Antonio Guterres, yang membroker rancangan itu bersama Turkiye, mengalu-alukan pengumuman itu, sementara Kyiv berkata ia akan membawa ‘kelegaan kepada dunia’ jika Moscow mendukung perjanjian tersebut.

    Para pegawai berkata kapal kargo Razoni yang berdaftar di Sierra Leone, telah membuat perjalanannya menerusi koridor di Laut Hitam bersama 26,000 tan jagung di dalamnya.

    “Kapal tersebut dijangka tiba di Istanbul pada 2 Ogos dan meneruskan perjalanan selepas diperiksa oleh pihak berkuasa,” kata menteri luar negeri Turkiye dalam satu kenyataan.

    Konvoi lain akan menyusuli, menghormati koridor maritim dan mempersetujui keformalan, menurut kenyataan tersebut.

    Seorang wartawan menyaksikan kapal kargo Razoni memulakan perjalanannya dari pelabuhan di Odesa, Ukraine pada 1 Ogos. – AP

    Guterres, menurut satu kenyataan PBB, “berharap ia akan menjadi yang pertama daripada kebanyakan kapal komersial lain yang bergerak mengikut inisiatif yang ditandata-ngani, dan ini akan membawa kepada kestabilan dan kelegaan yang sangat diperlukan kepada keselamatan makanan global, terutamanya dari segi konteks kemanusiaan yang paling rapuh.

    “Memastikan bijirin dan bahan makanan sedia ada boleh bergerak ke pasaran global adalah satu keperluan kemanusiaan,” tambahnya.

    Guterres juga berkata Program Makanan Sedunia merancang untuk “membeli, memuatkan dan menghantar 30,000 tan metrik gandum dari Ukraine menggunakan kapal yang disewa PBB,” dan akan ada butiran lanjut dalam beberapa hari akan datang.

    Menteri Luar Negeri Ukraine, Dmytro Kuleba berkata, hari ini menandakan ‘hari kelegaan buat dunia, terutama rakan-rakan kami di Timur Tengah, Asia dan Afrika, ketika bijirin pertama Ukraine meninggalkan Odesa selepas berbulan-bulan disekat Rusia’.

    Kremlin hari ini turut memujinya sebagai perkembangan ‘sangat positif’ dan peluang baik untuk menguji keberkesanan mekanisme yang mereka persetujui semasa rundingan di Istanbul. – AFP

    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Gangguan bekalan elektrik, pelepasan air terawat Fukushima digantung

    TOKYO, 24 APRIL - Pelepasan air sisa terawat ke lautan dari loji nuklear Fukushima yang rosak telah digantung hari ini berikutan gangguan bekalan elektrik...