265 sampel diuji, 499 jalani pengasingan diri

Oleh Syahmi Hassan

BANDAR SERI BEGAWAN, 2 SEPT – Sebanyak 265 sampel telah diuji bagi virus SARS-CoV-2 yang membawa jumlah keseluruhan ujian makmal dijalankan sejak Januari 2020 kepada 52,450 ujian.

Sementara itu juga sejumlah 499 orang sedang menjalani pengasingan diri mandatori dengan seramai 5,032 orang telah menamatkan pengasingan diri mandatori sejak Mac 2020.

Pengemaskinian jumlah harian berkaitan wabak COVID-19 telah dikongsikan oleh Kementerian Kesihatan melalui Siaran Akhbar Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam hari ini.

Kementerian itu turut memaklumkan bahawa setakat jam 12 tengah hari, tiada kes baharu telah dicatatkan, menjadikan jumlah keseluruhan kes COVID-19 kekal seramai 144 orang dengan dua kes aktif masih menjalani rawatan.

Bagi sebarang maklumat lanjut dan perkembangan terkini, orang ramai boleh melayari laman web Kementerian Kesihatan iaitu www.moh.gov.bn atau menghubungi Talian Nasihat Kesihatan 148 atau melalui aplikasi healthinfo.gov.bn.