Thursday, October 6, 2022
24.9 C
Brunei

27 ahli PKWE sertai PMB

-

Oleh Daniel Lim

BELAIT, 6 SEPT – Seramai 27 ahli Pusat Kegiatan Warga Emas (PKWE) Daerah Belait menyertai Program Masyarakat Bermaklumat (PMB) yang diadakan selama dua hari di Bangunan Serba guna, Taman Rekreasi Kuala Belait, kelmarin.

Hadir bagi menyaksikan pembukaan program itu ialah Pemangku Pengarah Jabatan Penerangan, Dayang Sastra Sarina binti Haji Julaini. Manakala PKWE Daerah Belait diketuai oleh pengurusnya, Salimo.

Dalam ucapan pembukaannya, pegawai penerangan selaku pengerusi program tersebut, Hajah Hamsah binti Datu Kerna Haji Jaya menjelaskan PMB merupakan acara tahunan yang diadakan oleh Jabatan Penerangan dalam usahanya menyediakan peluang kepada masyarakat untuk melibatkan diri dalam pelbagai taklimat serta lawatan ke agensi dan jabatan-jabatan bagi memahami lebih dalam tentang peranan dan tanggungjawab jabatan tersebut dalam menjamin kesejahteraan masyarakat dan negara.

“Selaras dengan visi Jabatan Penerangan iaitu Membudayakan Masyarakat Bermaklumat, program itu bertujuan untuk menyebarkan maklumat dan informasi terkini serta usaha jabatan untuk memajukan gaya hidup, ekonomi, dan kesejahteraan rakyat negara ini,” jelas Hajah Hamsah.

Pada hari pertama program, beberapa ceramah disampaikan oleh Darussalam Enterprise (DARe) berkaitan perusahaan kecil dan sederhana (PKS) dan Jabatan Hal Ehwal Syariah mengenai konsep makanan halal dalam Islam.

Taklimat juga disampaikan oleh Jabatan Pertanian dan Agrimakanan dalam menyebarkan maklumat mengenai pelbagai buah-buahan dan sayur-sayuran yang terdapat di negara ini.

Di samping itu, Jabatan Keselamatan Dalam Negeri juga akan mengadakan sesi dialog bersama peserta PMB.

Hajah Hamsah berharap dengan adanya maklumat yang dikongsi akan membantu peserta untuk memperoleh pemahaman lebih baik mengenai usaha yang dilakukan oleh kerajaan serta berkongsi ilmu tersebut kepada orang lain untuk memberikan mereka tahap pemahaman ke arah melaksanakan aktiviti keusahawanan, pertanian dan sebagainya di kampung masing-masing bagi menjana pertumbuhan ekonomi keluarga, masyarakat dan negara keseluruhannya.

Hajah Hamsah hadir bersama tetamu lain pada Program Masyarakat Bermaklumat yang diadakan di Bangunan Serba guna, Taman Rekreasi Kuala Belait, baru-baru ini.
- Advertisment -

Disyorkan Untuk Anda

Hasrat rai majlis kahwin tak kesampaian

NEW DELHI, 5 OKT - Hasrat 25 individu yang ingin meraikan majlis perkahwinan tidak kesampaian apabila mereka maut selepas bas yang dinaiki terbabas sebelum...
- Advertisment -