Tuesday, October 15, 2024
28.5 C
Brunei

    Berita Terkini

    27 kakitangan TAP ikuti kursus undang-undang

    BANDAR SERI BEGAWAN, 5 Mei – Seramai 27 orang pegawai kanan dan kakitangan Tabung Amanah Pekerja (TAP) telah menghadiri kursus mengenai kefahaman undang-undang yang diadakan oleh TAP dengan kerjasama Pejabat Peguam Negara baru-baru ini.

    Kursus berkenaan berlangsung di D’Anggerek Serviced Apartment, Berakas di mana ia telah dikendalikan oleh Pemangku Penggubal Undang-undang, Pejabat Peguam Negara, Pengiran Hajah Siti Rahmah binti Pengiran Haji Mohammad.

    TAP dalam kenyataannya menyatakan bahawa kursus tersebut merupakan platform yang berkesan bagi membolehkan para peserta untuk lebih memahami peranan serta tanggungjawab sebuah perbadanan berkanun dalam proses membuat undang-undang, kepentingan dalam memastikan undang-undang yang diperkenalkan adalah untuk kepentingan awam, menetapkan had kuasa yang digunakan, kepentingan bekerjasama sebagai rakan kongsi dengan para stakeholder serta mencari alternatif dengan menggunakan undang-undang sebagai langkah penguatkuasaan yang lebih efektif.

    Sesi bergambar ramai semasa kursus kefahaman undang-undang di D’Anggerek Serviced Apartment, Berakas.

    - Advertisment -

    Berita Berkaitan

    Disyorkan Untuk Awda