Wednesday, April 24, 2024
30.6 C
Brunei

    -

    27 kerusi roda diwakafkan

    Oleh Salawati Haji Yahya

    BANDAR SERI BEGAWAN, 27 JAN – Sebanyak 27 unit kerusi roda telah diwakafkan untuk enam buah masjid dan sebuah balai ibadat terpilih di negara ini bagi kegunaan jemaah masjid yang berkeperluan.

    Penyerahan sumbangan berkenaan telah berlangsung di Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Hajah Saleha (RIPAHS) Rimba, hari ini, di mana wakaf disampaikan oleh Penasihat Kumpulan Ukhawah Islamiah Pesara Bomba, Haji Johari bin Jaludin kepada imam-imam masjid yang terpilih menerimanya.

    Masjid RIPAHS menerima lapan unit kerusi roda manakala itu, Masjid Pengiran Muda Abdul Malik, Kampung Katok dan Masjid Kilanas, masing-ma-sing menerima tiga unit.

    Sementara Masjid Penanjong dan Masjid Bunut pula masing-masing akan menerima empat unit kerusi roda wakaf, Masjid Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Kampung Bebatik Kilanas menerima dua unit dan Balai Ibadat Kampung Mata-Mata, menerima tiga kerusi roda.

    Sumbangan wakaf berkenaan adalah untuk memenuhi hasrat dan niat jemaah yang berkeperluan menunaikan solat fardu secara berjemaah di masjid.

    Dalam memenuhi hasrat jemaah, Kumpulan Pejuang Subuh Masjid RIPAHS Rimba telah mengadakan projek wakaf kerusi roda.

    Dengan adanya wakaf kerusi roda berkenaan diharap akan dapat dimanfaatkan bersama dan dapat memberi kemudahan kepada jemaah yang kurang keupayaan pergerakan ikut sama mengimarahkan masjid.

    Kumpulan Ukhawah Islamiyiah Pesara Bomba akan membuat perancangan bagi projek ke-9 yang dijadualkan pada bulan Ramadan ini.

    Haji Johari menyerahkan wakaf kepada wakil salah sebuah masjid yang menerima kerusi roda berkenaan. – Gambar oleh Muiz Matdani
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Badak air betina disangka jantan

    TOKYO, 23 APRIL - Terperdaya oleh DNA dan tabiat tandas yang pelik, seekor badak air di Jepun yang disangka jantan selama tujuh tahun sebenarnya...