Friday, April 19, 2024
24.7 C
Brunei

    -

    27 kes baharu COVID-19 dikesan

    Oleh Syahmi Hassan

    BANDAR SERI BEGAWAN, 26 JAN – Sebanyak 27 kes baharu jangkitan COVID-19 telah dicatatkan di Negara Brunei Darussalam pada hari ini, menjadikan jumlah keseluruhan kes kepada 16,206 orang.

    Daripada jumlah tersebut, 24 adalah kes tempatan manakala tiga adalah kes import, menurut Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr. Haji Mohammad Isham bin Haji Jaafar.

    “Jumlah kes baharu ini adalah hasil daripada 2,211 jumlah ujian makmal yang dilakukan dalam tempoh 24 jam yang lalu. Oleh itu, kadar kes positif pada hari ini ialah sebanyak 1.2 peratus,” tambah Yang Berhormat Dato semasa Sidang Media bagi Situasi Terkini Jangkitan COVID-19 di Negara Brunei Darussalam di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan, hari ini.

    Dalam kalangan kes-kes yang sedang dirawat di Pusat Pengasingan Kebangsaan, menurut Yang Berhormat Dato, tidak ada kes dalam kategori dan 5.

    Sebanyak 43 kes pula telah disahkan sembuh yang membawa jumlah kes yang sembuh di negara ini kepada 15,743 dengan 361 kes aktif.

    Sementara itu, kadar pengisian di pusat-pusat pengasingan di seluruh negara atau bed occupancy rate ialah sebanyak 9.1 peratus.

    Mengenai pencapaian Program Vaksinasi Kebangsaan setakat kelmarin, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menjelaskan bahawa kadar keseluruhan penduduk yang telah menerima sekurang-kurang satu dos vaksin ialah 94.8 peratus; 93.9 peratus telah menerima dua dos dan 38.2 peratus lagi telah menerima tiga dos.

    Di hujung kenyataannya, Yang Berhormat Menteri Kesihatan menyeru orang ramai untuk sama-sama berdoa semoga Allah SWT sentiasa melindungi Negara Brunei Darussalam daripada segala musibah dan bencana khususnya wabak COVID-19.

    Yang Berhormat Menteri Kesihatan semasa berucap pada sidang media di Kementerian Kesihatan kelmarin.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Mahkamah batalkan sabitan bekas Presiden Maldives Abdulla Yameen

    NEW DELHI, 19 APRIL - Mahkamah di Maldives membatalkan sabitan bekas Presiden Abdulla Yameen atas tuduhan rasuah, kelmarin. Panel tiga hakim Mahkamah Tinggi memutuskan bahawa...