27 maut akibat minum metanol beracun

TEHRAN, 9 MAC – Seramai 27 orang maut akibat meminum metanol beracun di Iran selepas khabar angin mengatakan meminum alkohol itu akan membantu menyembuhkan jangkitan koronavirus baharu, lapor agensi berita negara IRNA hari ini.

Wabak virus di republik Islam itu antara salah paling banyak membawa maut di luar China, tempat bermula penyakit tersebut.

Seramai 20 orang telah mati di wilayah barat daya Khuzestan manakala tujuh lagi di rantau utara Alborz selepas meminum alkohol haram, kata IRNA.

Meminum alkohol adalah ditegah di Iran bagi semua orang kecuali minoriti yang bukan beragama Islam.

Seorang jurucakap bagi universiti perubatan Jundishapur di Ahvaz, bandar Khuzestan, berkata 218 orang telah dimasukkan ke hospital selepas keracunan.

Keracunan itu disebabkan oleh ‘desas-desus yang mengatakan minum alkohol berkesan untuk merawat koronavirus,” kata Ali Ehsanpour. – AFP