Oleh Syahmi Hassan
BANDAR SERI BEGAWAN, 3 JAN – Antara 26 Disember sehingga 31 Disember 2021, tidak ada mukim yang mempunyai lebih daripada 40 kes positif COVID-19.
Perkara tersebut telah dikongsikan oleh Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar dalam sidang media pada hari ini, bertempat di Dewan Al-‘Afiah, Kementerian Kesihatan.
Menurut Yang Berhormat Menteri Kesihatan, sebanyak 12 mukim (30.8%) mempunyai jumlah kes di antara satu hingga 40 kes, dan sebanyak 27 mukim (69.2%) mempunyai kes sifar COVID-19.
Selain itu, Kementerian Kesihatan telah mengongsikan hasil penelitian yang telah dijalankan melalui tayangan peta bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keberadaan kes-kes positif di negara ini.