27 pemenang kempen Progresif dirai

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 5 JUN – Seramai 27 orang pelanggan Progresif membawa pulang pelbagai hadiah menarik setelah dipilih sebagai pemenang dalam kempen Progresif’s Big Month of Giveaway.

Majlis penyampaian hadiah telah diadakan di Ibu Pejabat Progresif Sdn Bhd, baru-baru ini, di mana penyampaiannya disempurnakan oleh Ketua Sumber Manusia Progresif, Awang Mohammad Yazdi bin Haji Yahya.

Menurut Progresif, kempen berkenaan berjalan selama enam minggu, di mana seramai 56 orang pemenang telah diumumkan dan membawa pulang hadiah-hadiah menarik yang bernilai $25,000.

Bagi pusingan cabutan bertuah minggu kelima, Lee Swee Hong telah memenangi tiket penerbangan Syarikat Penerbangan Diraja

Brunei (RB) bernilai $1,500 manakala itu, Dayang Siti Noor Shahfiqah binti Saat memenangi baucar penginapan di The Abode Resort & Spa dan Hajah Aisah binti Hamuhammad juga memenangi baucar The Abode Resort & Spa.

Awang Mohammad Yazdi bergambar bersama para pemenang kempen Progresif’s Big Month of Giveaway pada majlis penyampaian hadiah di Ibu Pejabat Progresif Sdn Bhd, baru-baru ini.

Pemenang keempat, kelima dan keenam pula masing-masing membawa pulang hadiah baucar Ceramic PRO Car Detailing, The Coffee Bean & Tea Leaf dan Hua Ho Department Store.

Manakala itu, bagi pusingan terakhir, tempat pertama dimenangi oleh Dayang Nur Adibah binti Kafle yang membawa pulang tiket penerbangan RB bernilai $2,500, Dayang Rasimah binti Haji Ahad memenangi baucar Penginapan di The Abode Resort & Spa selaku pemenang kedua dan tempat ketiga dimenangi oleh Awang Muhammad Iman Shah bin Haji Rosli yang menerima baucar Hua Ho.

Pemenang tempat keempat dan kelima membawa pulang hadiah baucar Ceramic PRO Car Detailing, dan baucar penginapan di The Abode Resort & Spa.

Ketua Strategi Jenama Progresif, Dayang Hafiza binti Mohamad dipetik berkata, kempen berkenaan telah mendapat sambutan yang sangat menggalakkan dan mereka mengucapkan ribuan terima kasih atau sokongan semua orang.

Beliau juga berkata, kempen merupakan promosi untuk mengucapkan terima kasih dan memberikan kembali kepada pelanggan dengan hadiah menarik.

Pelanggan yang membeli pek permulaan prabayar, pendaftaran untuk pelan pascabayar dan tetap, tambahan data, pembayaran bil, dan banyak lagi juga berpeluang menyertai kempen berkenaan.