27 peserta dari Filipina tamat program latihan SEAMEO VOCTECH

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 19 OKT – Program Latihan Pengurusan Strategik Organisasi Berprestasi Tinggi Don BoscoOne-Tvet, Filipina yang dianjurkan oleh Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH berakhir dengan majlis penutup secara maya baru-baru ini.

Seramai 27 orang peserta dari Pusat Don-One Boset Don Bosco yang menyertai program latihan berkenaan telah menerima sijil mereka secara maya.

Turut hadir dalam majlis penutup itu ialah Pengarah Eksekutif Don Bosco One-TVET Center, Dr Fr Jose Dindo S. Vitug, SDB; Timbalan Pengarah Pentadbiran SV, Pengiran Haji Mohd Sufri bin Pengiran Ali; Dr. Paryono, Timbalan Pengarah Hal Ehwal Profesional SEAMEO VOCTECH dan Pakar Pengurusan SEAMEO VOCTECH, Dr Jaya Priah Kasinathan merangkap fasilitator program latihan ini, serta warga pengurusan dan kakitangan SV.

Program latihan selama lima hari itu melengkapkan para peserta dengan pengetahuan dan kemahiran yang dicari dalam pengurusan strategik, yang akan berfungsi sebagai salah satu instrumen pengurusan untuk memastikan prestasi tinggi, produktiviti dan kelestarian institusi
masing-masing.

Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias Haji Abu Bakar dalam ucapannya melahirkan harapan bahawa bidang-bidang yang diliputi dalam latihan itu adalah sangat komprehensif, relevan dan bermanfaat bagi para peserta untuk menangani proses perancangan strategi semasa dan masa depan me-reka dengan pasukan mereka di pusat masing-masing.

Beliau kemudian mengucapkan terima kasih kepada pihak pengurusan Don Bosco One-TVET Center atas sokongan berterusan mereka kepada SEAMEO VOCTECH sebagai rakan latihan pilihan mereka dalam kursus peningkatan kapasiti dan pengembangan profesional untuk pengurusan dan kakitangan mereka.

Dr Fr Jose Dindo dan Pengiran Haji Mohd Sufri bersama antara yang hadir pada majlis penutup program yang diadakan secara dalam talian berkenaan. – Gambar serahan Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH