Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    27 peserta tamat kursus Program Latihan Serantau

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 MEI – Seramai 27 peserta dari 11 buah negara SEAMEO telah menamatkan kursus Program Latihan Serantau ketiga bagi Tahun Fiskal 2021 dan 2022 anjuran Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH dengan majlis penutup yang berlangsung secara dalam talian, baru-baru ini.

    Hadir pada majlis tersebut ialah Pengarah Pusat SEAMEO VOCTECH, Awang Alias bin Haji Abu Bakar. Turut hadir ialah Timbalan Pengarah SEAMEO VOCTECH, Pengarah Bahagian Latihan dan Profesional merangkap Pakar Pengurusan dan penyelaras kursus tersebut, Dr Jaya Priah Kasinathan, serta pegawai pengurusan SEAMEO VOCTECH yang lain.

    Sementara itu, Awang Alias dalam ucapannya ​menyatakan bahawa para peserta telah mendapat pengetahuan baharu mengenai pengukuhan perkongsian dan kerjasama masa hadapan.

    Dengan adanya inisiatif perkongsian, ia berpotensi untuk menambah nilai kepada kursus yang ditawarkan di institusi para peserta.

    Institusi TVET juga perlu dinamik dan kekal relevan dengan keperluan industri. Oleh itu, hanya dengan perkongsian dengan industri TVET institusi boleh kekal mendapat permintaan, tambah beliau lagi.

    Sementara itu, tetamu kehormat pada acara tersebut, Hajah Zanariah binti Haji Ahmad turut merakamkan penghargaan kepada pusat serantau untuk membangunkan Program Latihan Serantau.

    Awang Alias bersama para peserta semasa hadir pada majlis penutup bagi program tersebut yang diadakan secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...