Tuesday, April 16, 2024
36 C
Brunei

    -

    27 sertai persidangan SSEAYP secara maya

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 13 NOV – Seramai 27 orang belia berumur 18 hingga 30 tahun yang aktif dalam persatuan dan pergerakan masing-masing dari keempat-empat daerah menyertai Persidangan Belia Program Kapal Belia Asia Tenggara (SSEAYP) 2022 secara maya.

    Persidangan yang diadakan dengan kerjasama kerajaan Jepun itu akan diadakan setiap Ahad selama enam minggu bermula hari ini dengan majlis pembukaan dan akan diteruskan pada 20 dan 27 November, 4 dan 11 Disember serta berakhir pada 18 Disember dengan majlis penutup.

    Dengan tema What Youth Can Do in the New Era of Cooperation towards the 50th Year of ASEAN-Japan Friendship and Cooperation, persidangan itu bertujuan untuk mempromosikan persahabatan dan persefahaman serta pertukaran belia antara Jepun dan negara-negara ASEAN secara berterusan.

    Di samping itu, ia dapat dijadikan sebagai platform untuk belia berkongsi ilmu pengetahuan dan peluang untuk menjalinkan kerjasama.

    Ia juga untuk memupuk belia yang boleh mengaplikasikan kemahiran kepimpinan mereka bagi mencari penyelesaian dalam pelbagai bidang terutamanya mengenai isu-isu sosial yang dihadapi oleh komuniti global.

    Para peserta akan mendalami pemahaman tentang agenda sosial dan membincangkan bagaimana belia mampu menyumbang bagi mencapai matlamat pembangunan belia secara global melalui sembilan tajuk yang diberikan dalam persidangan tersebut.

    Tajuk-tajuk tersebut merangkumi pendidikan, bencana dan pengurangan risiko, keusahawanan, kesihatan dan kesejahteraan, maklumat dan media, ekonomi Jepun dan ASEAN, kemiskinan dan ketidaksamaan, perlindungan alam sekitar serta kuasa dan diplomasi belia.

    Semasa persidangan itu, para peserta juga akan memperdalamkan lagi perbincangan di setiap bidang, di mana setiap kumpulan perbincangan akan diketuai oleh seorang fasilitator selain aktiviti perbincangan yang merangkumi kajian lapangan maya.

    Antara yang menyertai persidangan tersebut secara maya.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Sapporo alami musim panas paling awal

    TOKYO, 15 APRIL - Suhu di bandar utara Jepun, Sapporo melepasi 25 darjah Celsius, catatan paling awal dalam mana-mana tahun dalam rekod, kata seorang...