Thursday, April 25, 2024
26.3 C
Brunei

    -

    27 tenaga pengajar IBTE naik taraf keupayaan

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 JAN – Seramai 27 orang tenaga pengajar Institut Pendidikan Teknikal Brunei (IBTE) telah mengikuti program latihan mengenai Penilaian Berasaskan Kecekapan (CBA) yang dijalankan oleh Pusat Serantau SEAMEO bagi Pendidikan dan Latihan Teknikal dan Vokasional (SEAMEO VOCTECH).

    Latihan yang diadakan di Akademi TVET, Kampus IBTE itu berlangsung dua hari hingga hari ini dan merupakan program latihan dalam negara pertama bagi tahun ini yang dikendalikan pusat berkenaan.

    Menurut kenyataan yang dikeluarkan oleh SEAMEO VOCTECH, latihan berkenaan dimudahcarakan oleh pakar dari pusat serantau berkenaan iaitu Perunding TVET merangkap Ketua Bahagian Jaminan Kualiti, Silva Das Rajagopal.

    Program mengambil kira perubahan tatakerja dan pekerjaan dalam industri TVET kerana kemajuan teknologi dan inovasi organisasi pekerjaan.

    Ia bertujuan untuk menaik taraf keupayaan tenaga pengajar dalam mereka dan membangunkan instrumen penilaian yang fleksibel dalam memenuhi keperluan individu sambil mematuhi keperluan dan jangkaan institusi, sekali gus memberikan pengiktirafan kepada kompetensi yang diperoleh secara formal atau tidak formal.

    Sebagai bukti pembelajaran mereka daripada program latihan itu, tenaga pengajar berkenaan menghasilkan portfolio mereka sendiri yang mengandungi bukti susun atur pembelajaran mereka dan membentangkan mengenai tugas-tugas tertentu dengan pengetahuan dan kemahiran baharu yang dipertingkatkan berasaskan penilaian kompetensi.

    Gambar ramai tenaga pengajar IBTE yang menyertai program latihan dalam negara pertama kendalian Pusat Serantau SEAMEO VOCTECH. – Gambar serahan SEAMEO VOCTECH
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...