27 tentera Peru ditahan curi minyak

LIMA, 9 DIS – Pihak berkuasa Peru telah menahan 27 anggota tentera, termasuk pegawai berpangkat tinggi, kerana disyaki mencuri minyak antara 2013 dan 2018, lapor agensi berita China Xinhua memetik media tempatan semalam.

Mereka disyaki mencuri minyak secara sistematik dari pusat pengedaran di beberapa bandar besar di seluruh negara seperti Lima, Arequipa, Cajamarca, Huancavelica, Moyobamba dan Cusco.

Sepanjang tempoh lima tahun, kecurian itu telah mengakibatkan kerugian kira-kira 3 juta sole (AS$900,000), menurut anggaran stesen Radio Programas del Peru.

Pusat perintah tentera telah meminta kerjasama penuh dengan pejabat pendakwaan, menurut kenyataan tentera. – Bernama