274 kanak-kanak dijangkiti COVID-19

Oleh Salawati Haji Yahya

BANDAR SERI BEGAWAN, 21 SEPT – Dua anak damit yang masing-masing berusia 18 hari dan satu bulan antara 274 kanak-kanak berusia 12 tahun ke bawah yang dijangkiti COVID-19 setakat jam 12 tengah hari ini.

“Pada ketika ini, kanak-kanak berkenaan ditempatkan di lima pusat pengasingan dan kebanyakannya dalam kategori 1 manakala sembilan dalam kategori 2,” kata Menteri Kesihatan, Yang Berhormat Dato Seri Setia Dr Haji Mohd Isham bin Haji Jaafar semasa menjawab persoalan mengenai jumlah pesakit kanak-kanak pada sidang media hari ini.