28 AJK takmir masjid terima sijil lantikan

Oleh Yusrin Junaidi

BANDAR SERI BEGAWAN, 13 SEPT – Seramai 28 orang ahli Jawatankuasa (AJK) Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas bagi sesi 2020-2022 telah menerima surat lantikan masing-masing pada majlis yang diadakan di masjid berkenaan malam
tadi.

Hadir selaku tetamu kehormat dan menyempurnakan penyampaian surat lantikan tersebut ialah Pemangku Pengarah Hal Ehwal Masjid, Kementerian Hal Ehwal Ugama (KHEU), Haji Amir Hisham bin Haji Masri.

Turut hadir ialah Timbalan Menteri Kewangan dan Ekonomi (Ekonomi), Dato Seri Paduka Dr Haji Abdul Manaf bin Haji Metussin selaku penasihat AJK Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit, Mukim Kilanas.

Pengimarahan masjid bukanlah suatu tugas yang mudah dan menjadi tanggungjawab pegawai masjid sahaja, malah ia adalah menjadi tanggungjawab jemaah masjid mukim berkenaan termasuklah ahli-ahli jawatankuasa takmir.

Setentunya komitmen AJK takmir masjid amat penting dalam menjayakan aktiviti-aktiviti takmir masjid dalam merancang, mengurus dan melaksanakan setiap program bagi mencapai keberkesanan dan kejayaan.

Haji Amir Hisham menyampaikan sijil lantikan kepada salah seorang AJK Takmir Masjid Duli Raja Isteri Pengiran Anak Damit yang baharu.