Thursday, April 25, 2024
24.8 C
Brunei

    -

    28 anak yatim di Kg Kilanas terima derma daripada JPCC

    Oleh Yusrin Junaidi

    BANDAR SERI BEGAWAN, 25 APRIL – Seramai 28 orang anak yatim telah menerima sumbangan pada majlis amal yang diadakan oleh Jerudong Park Country Club Sdn Bhd (JPCC) dengan kerjasama Jawatankuasa Takmir Masjid Kampung Kilanas, kelmarin.

    Hadir selaku tetamu kehormat pada majlis yang berlangsung di masjid berkenaan ialah Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei, Dato Paduka Seri Haji Mohammad Irwan bin Haji Hambali.

    Turut hadir ialah Pemangku Pengurus Besar JPCC, Hajah Siti Norzalena binti Pehin Orang Kaya Lela Raja Dato Seri Laila Jasa Haji Awang Abdul Rahman.

    Anak-anak yatim di Kampung Kilanas itu menerima sumbangan berupa keperluan asas harian dan wang tunai serta tiket masuk ke Jerudong Park sebagai sebahagian daripada tanggungjawab sosial korporat syarikat berkenaan.

    Tujuan utama majlis berkenaan adalah untuk memberi bantuan kepada anak-anak yatim dan meringankan lagi bebanan perbelanjaan mereka bagi menyambut Hari Raya Aidilfitri yang bakal tiba.

    Selain daripada itu, majlis ini juga dapat mengimarahkan lagi masjid dengan aktiviti berkebajikan dan mengeratkan lagi hubungan silaturahim.

    Pesuruhjaya Polis Diraja Brunei menyampai-kan sumbangan kepada salah seorang penerima pada majlis itu.
    - Advertisment -

    Disyorkan Untuk Awda

    Hingga 160 paus pilot terdampar di Australia, sekurang-kurangnya 26 maut

    MELBOURNE, 25 APRIL - Sehingga 160 ekor paus pilot bersirip panjang terdampar di pantai barat Australia hari ini dan sekurang-kurangnya 26 maut sebelum pihak...