28 lagi pemenang Red Bull dipilih

Oleh Pg Fairol RMF

Gambar oleh Muiz Matdani

 

BANDAR SERI BEGAWAN, 6 Jan – Pengedar Red Bull, Kingston Beverage & Creamery Sdn Bhd hari ini memilih 28 lagi pemenang dalam cabutan mingguan ke-7 Peraduan Teka dan Menang Red Bull pada majlis cabutan bertuah di pejabatnya di Perindustrian Beribi hari ini.

Cabutan nama-nama pemenang dibuat oleh pengamal media tempatan, manakala penyampaian hadiah kepada para pemenang akan diadakan pada 13 Januari ini di Jaya Hypermart, Centrepoint, Gadong. Mereka akan menerima hadiah berupa baucar membeli-belah bernilai $30, baucar makan di Secret Recipe bernilai $30, tiket menonton wayang dan minuman Red Bull Less Sugar berdasarkan nombor yang dicabut kelak di majlis penyampaian hadiah itu.

Peraduan Teka dan Menang Red Bull bermula 1 November 2016 hingga 15 Januari 2017 dengan membuat lapan cabutan mingguan manakala satu cabutan hadiah utama akan diadakan pada Pesta Pengguna di Pusat Persidangan Antarabangsa, Berakas pada 22 Januari ini.

Dalam cabutan utama peraduan berkenaan, pemenang bertuah berpeluang memenangi dua hadiah utama peraduan iaitu tiket penerbangan bernilai $2,000 setiap satu dan tiga hadiah pertama berupa tiket penerbangan bernilai $1,600 setiap satu.

Salah seorang wakil dari media tempatan ketika membuat cabutan undian Red Bull.
Salah seorang wakil dari media tempatan ketika membuat cabutan undian Red Bull.
Wakil media membuat beberapa cabutan. - Gambar Azrol Azmi
Wakil media membuat beberapa cabutan. – Gambar Azrol Azmi